KEMPEN

Infaq ‘Face Mask’ Serendah RM5

Walaupun 5 Ringgit Nampak Kecil, Wang Tersebut Diutamakan Untuk Membeli Makanan. Namun Bagaimana Dengan SOP Pemakaian Facemask Yang Juga Telah Menjadi Keperluan??? Prihatin Anda Amat Membantu Mereka Yang Kesempitan!

Infaq ‘Face Mask’ Serendah RM 5

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Kami dari Pertubuhan Mihrab, mensasarkan 2000 kotak ‘face mask’ untuk diagihkan secara percuma kepada golongan yang memerlukan. Kita semua maklum bahawa rakyat perlu mematuhi ‘SOP’. Bagi yang melanggar peraturan akan disaman oleh pihak yang berwajib dan pemakaian ‘face mask’ telah menjadi keperluan hidup rakyat Malaysia.

Oleh itu, kami ingin mengajak tuan/puan bersama-sama kami menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Ayuh berinfaq SERENDAH RM 5 RINGGIT.

Sasaran agihan face mask:

Golongan gelandangan

Rumah kebajikan

Pelajar-pelajar sekolah (Pembukaan sekolah bulan 3)

Masjid & Surau (Fokus bulan Ramadhan)

Ayuhlah, sambut seruan menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan anda.

Rasulullah SAW. bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad)