TENTANG KAMI

Yayasan

Yayasan Mihrab

Melambangkan satu sudut khas di mana semua masyarakat boleh duduk sebumbung di bawah satu komuniti tanpa mengira bangsa dan agama dalam suasana yang harmoni dan bahagia.

Satu arah di mana matlamat yayasan dikongsi bersama dengan masyarakat untuk dipikul bersama-sama. Kesatuan inilah menjadi tanggungjawab dan amanah yang perlu dibawa

15 +

Kempen yang berjalan

02

Program yang ada

04

Bahagian Kluster

Visi

Menjadi sebuah yayasan yang diyakini

Dan mampu membangunkan harapan dan membina masa depan yang terbaik untuk semua

Misi

Memperkasa masyarakat dengan keilmuan dan nilai spiritual yang tinggi sehingga membentuk budaya kehidupan yang kaya dengan adab dan tatasusila yang benar

Sekaligus menjadi pemangkin ke arah perubahan positif dalam masyarakat dari semua aspek khususnya pendidikan, kesihatan, ekonomi, spiritual dan sebagainya.

“Bersama Sebarkan Kebaikan”

Manusia yang paling bahagia adalah manusia yang bilamana terhenti nafasnya namun tidak terhenti pahalanya, mengalir dan terus mengalir

Yayasan Mihrab (PPAB -06/2023) adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 7 Jun 2023 yang bertujuan memberi khidmat bantuan kebajikan dengan menjadi pusat komuniti masyarakat serta mewujudkan dan menyokong sebarang bentuk peluang pendidikan, pembelajaran dan pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan seperti golongan B40, asnaf fakir dan miskin, gelandangan dan lain-lain.

Walaupun Yayasan Mihrab baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2023, namun gerak kerja dan program-program kebajikan telah pun giat aktif dijalankan dibawah Pertubuhan Mihrab sebelum ini. Berpegang kepada Visi dan Misi Yayasan yang lebih jelas, kita mampu bergerak ke hadapan dan dapat bergerak lebih jauh ke hadapan dengan penubuhan Yayasan Mihrab ini.

Dr. Muhd Nur Arif Bin Zainal Ariffin

Penubuhan ini adalah atas rasa kepentingan dan tanggungjawab bahawa usaha mengajak dan menyebarkan kebaikan ini perlu diperluaskan dan dilaksanakan secara lebih sistematik dan profesional.

Hakikatnya usaha-usaha sebegini telah dimulakan oleh pihak pengasas dengan dibantu oleh kakitangan terdekat disaat dunia dilanda pandemik Covid-19. Apabila usaha membantu masyarakat ini dijalankan, pihak kami merasakan usaha ini perlu dibuat secara berterusan dengan formaliti tertentu agar dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak lain untuk sama-sama membantu pada kapasiti masing-masing dan lebih ramai lagi pihak yang boleh mendapat manfaat dalam usaha kebaikan ini.

ahli pemegang amanah

Datuk Mohd Irwan Bin Mohd Mubarak

Peguam Bela & Peguamcara/ Peguam Syarie Taman Melati Utama

pendidikan

pengalaman

Dr. Nazratun Nafizah Binti A. Husin

Pengarah Great Brilliance Sdn Bhd

pendidikan

pengalaman

Prof Dato’ Dr Hj Jamaludin Mohamed

Professor Pelawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

pendidikan

pengalaman

En. Mohd Yazid Bin M. Nasir

Head Of Department (Architect) (Project Management And Supervision) Jabatan Kerja Raya Malaysia

pendidikan

pengalaman

Prof. Dr Siti Balkis Binti Budin

Professor VK 7 (2017-Kini)

pendidikan

pengalaman

En. Mohd Azreey Bin Aznan

Ketua Pegawai Operasi MTSFAZ

pendidikan

pengalaman

Puan Norzuriawati Binti Mat Arifen

Pengarah Urusan ZR Car Rental

pendidikan

pengalaman

Duta Yayasan Mihrab

Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jofree

Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Ustaz Nadzrie Abbas

soalan

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk saya berikan sumbangan?

Terima kasih kerana tuan/puan berminat untuk menyumbang bersama kami. Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan dengan membuat pindahan kedalam akaun kami samada secara atas talian (transfer) atau deposit tunai (mesin cdm).

Kemanakah kutipan sumbangan akan disalurkan oleh kami?

Sumbangan yang tuan/puan berikan akan kami salurkan untuk kempen-kempen semasa yang sedang kami jalankan.

Bolehkah saya memilih kempen tertentu untuk menderma?

Boleh, tuan/puan perlu letakkan nama kempen yang tuan/puan inginkan pada ruangan rujukan. Manakala untuk sumbangan yang dimasukkan secara manual di mesin CDM, tuan/puan perlu whatsapp resit dan memberitahu pihak kami pilihan kempen untuk sumbangan yang diberikan.

Adakah sumbangan ke Yayasan Mihrab ini mempunyai had minimum atau maksimum?

Tiada had minimum dan maksimum ditetapkan untuk setiap sumbangan.

Bagaimanakah cara jika kami ingin memohon bantuan daripada Yayasan Mihrab?

Tuan/puan boleh terus whatsapp kami di talian +6011-19632876 dan nyatakan tujuan. Kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.