KEMPEN

Bantuan Segera Pembelian Karpet Surau Pajar

RAMADHAN NAK DEKAT, KARPET PULA DAH ROSAK TERUK!. KESIAN JEMAAH YANG NAK SOLAT DAN TERAWIH NANTI. KELUH PENGERUSI SURAU.

Bantuan Segera Pembelian Karpet Surau Pajar

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Surau Pakatan Amal Jariah (PAJAR) , Petaling Jaya baru sahaja mengalami musibah. Akibat hujan kilat yang berterusan telah menyebabkan atap surau rosak dan karpet-karpet yang sedia ada telah mengalami kerosakan yang teruk. Tambahan pula, karpet surau sudah lama tak ditukar.

Kami dari Pertubuhan Mihrab ingin mengajak tuan/puan bersama-sama menjayakan kempen ini. Walaupun waktu secara zahirnya pendek, tapi insyaAllah berkat kerjasama kita bersama pembelian karpet baru akan dapat dicapai.

RAIH GANJARAN PAHALA BERTERUSAN MELALUI INFAQ DANA KARPET YANG AKAN DI GUNAKAN BERMULA RAMADHAN BULAN DEPAN!. SETIAP SOLAT, SETIAP AMALAN DAN SETIAP DAKWAH YANG DI LAKUKAN DI ATASNYA, MENDERU-DERU PAHALA MENGALIR BUAT ANDA.

RM 0

Kos Keseluruhan

Ayuhlah, sambut seruan menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan anda.

Rasulullah SAW. bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad).

[ Perkembangan Bantuan Segera Pembelian Karpet Surau Pajar ]

Alhamdulillah Tuan Puan,

Semoga Allah merahmati semua penginfaq Mihrab dalam menjayakan kempen pembelian karpet untuk Surau Pajar, PJ. Semoga Allah menggantikan harta tuan puan dengan yang lebih baik agar para penginfaq dapat istiqamah dalam melaksanakan kebaikan.

Setiap patah huruf yang dibacakan di dalamnya, setiap rakaat dan sujud di dalamnya dan setiap amal soleh yang dikerjakan didalamnya insyaAllah menderu-deru pahala buat para penginfaq dan kekal berterusan sehingga kiamat.

Telah selesai pemasangan karpet baru untuk surau PAJAR, Petaling Jaya. Moga ahli qariah dapat beribadah dengan tenang dan selesa untuk bulan ramadhan nanti. Semoga Allah menerima infaq kita bersama. Amin