Kluster

Pendahuluan

Ada empat kluster yang terdapat dalam Yayasan Mihrab, yang masing-masing berkaitan dengan bidang kebajikan, pendidikan, perubatan, dan ekonomi. Contohnya termasuk program-program seperti Bina Aset Islam, Tabung Pendidikan, Bantuan Banjir, dan banyak lagi inisiatif lain yang bertujuan untuk memperbaiki dan memperkukuhkan pelbagai aspek masyarakat.

Melalui pelbagai aktiviti dan projek yang disusun di bawah setiap kluster, Yayasan Mihrab berusaha untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan, termasuk memperbaiki kesejahteraan sosial, meningkatkan taraf pendidikan, menyediakan akses kepada perkhidmatan perubatan, dan menyokong pembangunan ekonomi komuniti.

Dengan terus menggerakkan program-program ini, Yayasan Mihrab berharap dapat menjadi tulang belakang yang penting dalam memperkukuhkan struktur masyarakat dan meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang memerlukan bantuan

kebajikan

Dalam kluster kebajikan, Yayasan Mihrab menyokong masyarakat dengan pelbagai inisiatif. Projek seperti Bina Aset Islam membantu pembinaan dan pembaikan masjid serta tahfiz. Projek Sabah memberi bantuan kepada masyarakat kawasan Semporna dan kepulauan berdekatan. Set Jenazah memenuhi keperluan pengebumian umat Islam. Pusat Warga Emas menyediakan bantuan kepada golongan emas, manakala Jalinan Kasih Anak Yatim memberi sokongan kepada anak yatim. Yayasan juga terlibat dalam bantuan ketika banjir melanda. Semua ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat

Bina Aset Islam
Perkembangan terkini sedang menjalankan proses pembersihan dan meratakan tanah. Agihan kepada Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah sebanyak RM 500,000 bagi menjayakan pembangunan bangunan Maahad yang baru.
Baikpulih Aset Islam
Bantuan baikpulih Surau Raudhatul Mardhiah, Residensi Medan, Petaling Jaya bernilai RM 60,000. Surau ini dapat memberi manfaat kepada 500 penduduk islam disekitarnya. Bantuan baikpulih karpet Surau Pakatan Amal Jariah, Petaling Jaya bernilai RM 27,000.
projek sabah
Yayasan Mihrab memberikan bantuan kepada Surau Kulapuan di Semporna, Sabah, termasuk bantuan kewangan RM 10,000 untuk memperbaiki bangunan surau. Bantuan keperluan asas juga diberikan kepada lebih daripada 120 keluarga di sekitar pulau-pulau berdekatan. Pada kali pertama dalam 50 tahun, dua ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk Pulau Kulapuan, hasil daripada infaq dan sedekah  melalui yayasan Mihrab.
set jenazah
Projek Set Jenazah memastikan keperluan fardu kifayah umat Islam di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak dipenuhi. Dalam fasa pertama, 500 unit set pengurusan jenazah disalurkan ke Pekan Semporna dan pulau-pulau berdekatan. Bantuan diberikan kepada masjid, surau, dan pasukan khas pengurusan jenazah untuk memenuhi keperluan umat Islam di sana
Pusat Warga Emas
Yayasan Mihrab menyokong golongan warga emas melalui Pusat Warga Emas dengan menyediakan bantuan keperluan asas, ubat-ubatan, suplemen, peralatan perubatan, dan lain-lain. Selain itu, yayasan juga terlibat dalam beberapa pusat jagaan seperti Pusat Jagaan Titian OKU Annur di Rawang, Pusat Jagaan dan Rawatan Al Ikhlas di Puchong, Pusat Jagaan Sri Mesra di Ampang, dan Bayt Al Mawaddah
Jalinan Kasih Anak Yatim
Yayasan Mihrab melalui program Jalinan Kasih Anak Yatim menyalurkan kasih sayang kepada golongan yang amat dicintai oleh Rasulullah SAW, iaitu anak yatim. Mereka juga terlibat dalam agihan bantuan barang asas untuk rumah anak yatim di Melaka serta menyokong tajaan makan malam amal.

pendidikan

Di bawah kluster pendidikan, Yayasan Mihrab mengendalikan Tabung Pendidikan yang bertujuan menyokong pendidikan. Ini termasuk agihan bantuan kewangan dan fasiliti sekolah seperti makmal komputer kepada Madrasah Tahfiz, serta penyediaan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan. Beberapa institusi pendidikan yang menerima sokongan termasuk Madrasah Huzaifiah, Maahad Tahfiz Al Bahjah Malaysia, dan Madrasah Anwar Al-Batul. Salah satu inisiatif khusus yang dilakukan adalah pemberian bantuan untuk pembangunan makmal komputer

perubatan

Dalam kluster perubatan, Yayasan Mihrab menjalankan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Program ini menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh doktor sukarelawan. Inisiatif ini dilaksanakan di Pusat Warga Emas & OKU Annur, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, serta di bawah bimbingan Puan Halimah, bekas paralimpik Malaysia. Selain itu, Yayasan Mihrab juga menyokong program “Bantu Farah Kembali Ceria” dengan menyumbang untuk menampung kos rawatan pesakit