KEMPEN

Tunaikan Fardhu Kifayah Dengan Set Pengurusan Jenazah

Masih ramai lagi keluarga islam diluar sana yang tidak mampu menguruskan dan menyediakan kelengkapan set pengurusan jenazah.

RM14,915 of RM100,000 raised
RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Ada empat kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya, orang Islam yang meninggal dunia, iaitu memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan menguburkannya

Namun, masih ramai lagi keluarga islam diluar sana yang tidak mampu menguruskan dan menyediakan kelengkapan set pengurusan jenazah.

Justeru, kami di Pertubuhan Mihrab membuka peluang kepada semua untuk kita bersama-sama meringankan beban saudara seislam dengan membantu menyediakan kit kelengkapan pengurusan jenazah ini.

Bantuan ini akan digunakan untuk pengurusan
1. Jenazah muslim yang tak dituntut
2. Jenazah yang tiada waris
3. Ahli keluarga jenazah yang tidak berkemampuan

Set kelengkapan pengurusan jenazah seperti berikut:

Insyaallah, semoga dengan usaha kecil kita sebagai seorang muslim untuk menyempurnakan fardu kifayah terhadap muslim yang lain menjadi asbab mendapat keredhaan Allah SWT dan dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.

Perkembangan agihan Bantuan Kelengkapan Set Pengurusan Jenazah (12 Februari - 18 Februari 2021) .

Alhamdulillah pihak Mihrab telah berjaya menyerahkan sebanyak 8 kotak daripada 100 set pengurusan jenazah kepada penduduk di Semporna, khususnya di Pulau Bum Bum, Semporna dengan dibantu oleh pihak Masjid Assalam.

Keadaan masyarakat yang majoriti Islam tetapi rata-rata penduduk disana miskin dan tidak berkemampuan. Bila mana berlaku kematian, nak dapatkan bahan-bahan pengurusan jenazah sangat susah.

Pernah juga berlaku di pulau berdekatan, mayat terlewat untuk diuruskan kerana ketiadaan bahan. Semoga dengan usaha membantu menyempurnakan fardu kifayah sebagai seorang Muslim terhadap mayat saudara Muslim yang lain menjadi asbab mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak. Ayuh, kita bantu mereka. Masih berbaki 92 kotak set Jenazah menunggu untuk dihantar ke sana.

Wakil Mihrab bersama TV AlHijrah (JUN 2023) .

Jun 2023 yang lepas, wakil Mihrab bersama TV AlHijrah telah turun ke Kepulauan di Semporna Sabah untuk program Hijrah Prihatin : Asnaf Sabah.

Agihan yang telah dibuat termasuklah agihan barangan keperluan asas, set alat tulis, dan set kelengkapan jenazah di beberapa buah pulau iaitu Pulau Bum Bum, Pulau Kulapuan, Pulau Denawan dan Pulau Mabul.

Alhamdulillah program sebegini mampu memberi manfaat kepada beberapa ratus penduduk di sekitar kepulaun ini secara langsung dan tak langsung dengan adanya sokongan dan sumbangan ikhlas daripada setiap penginfaq Mihrab sebelum ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan secara berterusan supaya mereka yang betul-betul daif di Sabah ini menerima bantuan dan peluang yang lebih baik di masa akan datang.

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia lain. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”

Hadis Riwayat at-Thabrani