KEMPEN

Kembalikan Keceriaan Anak-Anak Asnaf Melalui Bantuan Kempen “Back To School”

TAK SEMUA ORANG DILAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG BERKEMAMPUAN. ADA ANAK-ANAK YANG KE SEKOLAH DENGAN BEG SEKOLAH LAMA, PAKAIAN YANG LUSUH TAK SEPERTI KEBIASAAN KANAK-KANAK YANG LAIN.

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Pandemik Covid-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak memberi impak kepada masyarakat yang terjejas terutama golongan asnaf.

Kami dari Pertubuhan Mihrab, berhasrat untuk membela nasib anak-anak asnaf yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan persekolahan untuk belajar. Kami mensasarkan 150 orang pelajar asnaf di sekitar lembah klang untuk dibantu bagi persiapan sesi persekolahan tahun 2022.

Oleh itu, kami ingin mengajak tuan/puan bersama-sama kami bersama-sama menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka untuk persiapan kembali ke sekolah.

Ayuhlah, sambut seruan menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan anda.

Rasulullah SAW. bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad).

Pek Barangan Asas

1 x Beg sekolah

1 x Set Alat tulis

2 x Kotak Mask

2 x Test Kit

1 x Hand Sanitizer

Kos Keseluruhan:

RM 60

RM 60

Pek Barangan Asas

1 x Beg sekolah

1 x Set Alat tulis

2 x Kotak Mask

1 x Hand Sanitizer

2 x Test Kit

Kos Keseluruhan:

RM 60

RM 60

[ Perkembangan Kempen Kembalikan Keceriaan Anak-Anak Asnaf Melalui Bantuan Kempen “Back To School”]

AGIHAN KEMPEN BACK TO SCHOOL FASA 1

Alhamdulillah pada 6 Feb 2022 (Ahad), Pertubuhan Mihrab berjaya menyerahkan sumbangan kepada 20 asnaf yang layak melalui kempen Bantu Asnaf Back TO School untuk fasa yang pertama. Masih banyak lagi anak-anak yang perlu kita semua santuni. ayuh kita rancakkan lagi kempen back to school. Moga anak asnaf dapat kembali ceria untuk ke sekolah.

AGIHAN KEMPEN BACK TO SCHOOL FASA 2

Agihan dibuat kepada 15 orang pelajar rendah dan menengah daripada kalangan keluarga asnaf sekitar Gombak yang layak menerima sumbangan pada 26hb sehingga 30hb Mac 2022.