KEMPEN

LEBIH 400 KELUARGA YANG AKAN DAPAT MANFAAT DARIPADA PEMBINAAN PUSAT KOMUNITI INI

Kempen Bina Pusat Komuniti

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Infaq Bina Pusat Komuniti Al-Hidayat Untuk Penduduk Pulau Bum Bum, Semporna Sabah

Bangunan ini adalah bekas sekolah yang tidak dapat beroperasi disebabkan keadaan nya yang sudah DHOIF. Lokasi ini kawasan yang paling strategik untuk dibangunkan Pusat Komuniti bagi menggantikan bangunan yang sedia ada yang telah UZUR dan sangat DHOIF.

Lebih daripada 4 buah kampung dan merangkumi 400 keluarga yang akan menerima manfaat daripada pembinaan Pusat Komuniti sekiranya iainya dapat direalisasikan untuk kemudahan anak anak asnaf disini.

Pusat Komuniti ini kita akan digunakan sebagai:

  • Rumah Mengaji

    Kelas mengaji untuk anak anak asnaf yang tidak ada peluang untuk belajar mengaji Al-Quran

  • Pusat Persinggahan Sementara (Transit)

    Terdapat 49 pulau di Semporna, dan Pulau Bum Bum adalah satu-satunya pulau yang ada Sekolah Menengah. Pelajar-pelajar yang datang daripada jauh mereka tiada tempat untuk transit sebelum mereka pulang ke rumah.

  • Pusat Aktiviti Kemasyarakatan

    Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan serta membina pengetahuan serta kefahaman agama di kalangan penduduk setempat.

Semoga terbinanya Pusat Komuniti Al-Hidayat ini diatas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, ianya bakal menjadi Pusat Aktiviti untuk membina iman, jiwa dan minda penduduk di pulau ini serta penduduk di pulau-pulau yang berdekatan dengannya.

Wakil Mihrab bersama TV AlHijrah (JUN 2023) .

Jun 2023 yang lepas, wakil Mihrab bersama TV AlHijrah telah turun ke Kepulauan di Semporna Sabah untuk program Hijrah Prihatin : Asnaf Sabah.

Agihan yang telah dibuat termasuklah agihan barangan keperluan asas, set alat tulis, dan set kelengkapan jenazah di beberapa buah pulau iaitu Pulau Bum Bum, Pulau Kulapuan, Pulau Denawan dan Pulau Mabul.

Alhamdulillah program sebegini mampu memberi manfaat kepada beberapa ratus penduduk di sekitar kepulaun ini secara langsung dan tak langsung dengan adanya sokongan dan sumbangan ikhlas daripada setiap penginfaq Mihrab sebelum ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan secara berterusan supaya mereka yang betul-betul daif di Sabah ini menerima bantuan dan peluang yang lebih baik di masa akan datang.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Ayuh berinfaq ke Kempen Bina Pusat Komuniti