TENTANG KAMI
Yayasan Mihrab
Melambangkan satu sudut khas di mana semua masyarakat boleh duduk sebumbung di bawah satu komuniti tanpa mengira bangsa dan agama dalam suasana yang harmoni dan bahagia.
Satu arah di mana matlamat yayasan dikongsi bersama dengan masyarakat untuk dipikul bersama-sama. Kesatuan inilah menjadi tanggungjawab dan amanah yang perlu dibawa
15 +
Kempen yang berjalan
02
Program yang ada
04
Bahagian Kluster
Visi
Menjadi sebuah yayasan yang diyakini
Dan mampu membangunkan harapan dan membina masa depan yang terbaik untuk semua
Misi
Memperkasa masyarakat dengan keilmuan dan nilai spiritual yang tinggi sehingga membentuk budaya kehidupan yang kaya dengan adab dan tatasusila yang benar
Sekaligus menjadi pemangkin ke arah perubahan positif dalam masyarakat dari semua aspek khususnya pendidikan, kesihatan, ekonomi, spiritual dan sebagainya.
“Bersama Sebarkan Kebaikan”
Manusia yang paling bahagia adalah manusia yang bilamana terhenti nafasnya namun tidak terhenti pahalanya, mengalir dan terus mengalir
Yayasan Mihrab (PPAB -06/2023) adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 7 Jun 2023 yang bertujuan memberi khidmat bantuan kebajikan dengan menjadi pusat komuniti masyarakat serta mewujudkan dan menyokong sebarang bentuk peluang pendidikan, pembelajaran dan pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan seperti golongan B40, asnaf fakir dan miskin, gelandangan dan lain-lain.
Walaupun Yayasan Mihrab baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2023, namun gerak kerja dan program-program kebajikan telah pun giat aktif dijalankan dibawah Pertubuhan Mihrab sebelum ini. Berpegang kepada Visi dan Misi Yayasan yang lebih jelas, kita mampu bergerak ke hadapan dan dapat bergerak lebih jauh ke hadapan dengan penubuhan Yayasan Mihrab ini.
Dr. Muhd Nur Arif Bin Zainal Ariffin
Penubuhan ini adalah atas rasa kepentingan dan tanggungjawab bahawa usaha mengajak dan menyebarkan kebaikan ini perlu diperluaskan dan dilaksanakan secara lebih sistematik dan profesional.
Hakikatnya usaha-usaha sebegini telah dimulakan oleh pihak pengasas dengan dibantu oleh kakitangan terdekat disaat dunia dilanda pandemik Covid-19. Apabila usaha membantu masyarakat ini dijalankan, pihak kami merasakan usaha ini perlu dibuat secara berterusan dengan formaliti tertentu agar dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak lain untuk sama-sama membantu pada kapasiti masing-masing dan lebih ramai lagi pihak yang boleh mendapat manfaat dalam usaha kebaikan ini.
ahli pemegang amanah
Datuk Mohd Irwan Bin Mohd Mubarak
Peguam Bela & Peguamcara/ Peguam Syarie Taman Melati Utama
pendidikan
- Major/Field of Study Institute/University Additional Information
- Masters of Comparative Laws (MCL) International Islamic University, Malaysia
- Bachelor of Laws (Honours) (L.L.B) International Islamic University, Malaysia
- Post Graduate Diploma in Syariah & Practice Universiti Teknologi MARA
pengalaman
- Jawatankuasa Suruhanjaya Dan Aduan Salah Laku Polis Bebas (2018)
- Bendahari Jmb Cape Nautica Villa (2017)
- Jawatankuasa KI Bar Conveyancing And Corporate (2015)
- Majlis Peguam Majlis Perbankan & Kewangan Islam (2015)
- Pasukan Fasilitator Pelajar (Steadfast)(2001)
- Persatuan Pelajar Undang-undang(2002)
Dr. Nazratun Nafizah Binti A. Husin
Pengarah Great Brilliance Sdn Bhd
pendidikan
- Ijazah Falsafah Kedoktoran Bioperubatan, UKM
- Ijazah Sarjana Sains Perubatan, UM
- Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan, UM
pengalaman
- Ketua Pegawai Eksekutif Brilliant World Holding Sdn Bhd.
- Pengarah Urusan Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah
- Pengarah Eksekutif The Millenium Education Centre Sdn Bhd.
- Pensyarah “Neuropharmacology” di Management & Science University
Prof Dato’ Dr Hj Jamaludin Mohamed
Professor Pelawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
pendidikan
- PHD Sains Perubatan 1984, Univesity Of St Andrews Scotland UK
pengalaman
- Pengajar Patologi Klinikal & Biohayat (2018 - kini)
- Doktor Perubatan Klinik Daddy
- Pengerusi Surau Taman Bukit Mulia (1994-2017)
- Mengurus dan menyelia Surau Taman Bukit Mulia
- Naib YDP Kesatuan Melayu United Kingdom
- Menjalinkan hubungan dan mengeratkan hubungan kenegaraan
- Pengerusi Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sarjana. Phd (1996-2017)
- Pengerusi Panel Penilai Pelbagai Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sarjana. Phd ( Bioperubatan. Medical Science. Med Technology. Med. Lab. Sciences)
En. Mohd Yazid Bin M. Nasir
Head Of Department (Architect) (Project Management And Supervision) Jabatan Kerja Raya Malaysia
pendidikan
- Bachelor Of Architecture, Hons
- Adv. Dipl : Part 2 @ I.T.M Shah Alam
- Diploma : Part 1 @ I.T.M Shah Alam
pengalaman
- 34 tahun (Perkhidmatan Awam & Swasta)
- Head Unit Of Project Management and Supervision at Pasukan Projek Khas 1, JKR, PJD
- 11 Years involved with several project form housing, Institution, Commercial & Business Centre, Urban Design and High Rise Building One of Masterpiece HighRise Building that has been involved from design to completion was the 45 storey Arab Malaysian Bank Headquarters at Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Prof. Dr Siti Balkis Binti Budin
Professor VK 7 (2017-Kini)
pendidikan
- Medical Doctor (M.D.) (UKM). 1991
- Master (MSc) (Ulster, UK). 1996
- Doctor of Philosophy (PhD) (Biomedical Science) (UKM). 2006
pengalaman
- Presiden Persatuan Sains Bioperubatan Malaysia 2021-2023
- Jawatankuasa penilaian kriteria kepakaran pengamal profesion Kesihatan Bersekutu. November 2022-kini
- Pakar Rujuk Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bidang Patologi Kimia. 2017
- Jawatankuasa Khas Akta Sains Kesihatan Bersekutu Profesion Sains Bioperubatan. 2017
- Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM, 2018-2021
En. Mohd Azreey Bin Aznan
Ketua Pegawai Operasi MTSFAZ
pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
pengalaman
- 10 tahun Bidang Pendidikan Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS)
- Ketua Exco Ekonomi Gasis 2021-2022 Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor - PITAS
- Setiausaha Pitas Gombak, 2018 Musholla Raudhatul Mardhiah
- Timb Pengerusi (2021 - 2023), (2023 - 2025)
Puan Norzuriawati Binti Mat Arifen
Pengarah Urusan ZR Car Rental
pendidikan
- Ijazah Sarjana Pengurusan Awam, UUM
pengalaman
- Ahli kepada Group Alumni Skpp99
- Ahli tertinggi Khidmat Komuniti
Duta Yayasan Mihrab
Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jofree
Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari
Ustaz Nadzrie Abbas
Soalan Lazim
Bagaimanakah cara untuk saya berikan sumbangan?
Terima kasih kerana tuan/puan berminat untuk menyumbang bersama kami. Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan dengan membuat pindahan kedalam akaun kami samada secara atas talian (transfer) atau deposit tunai (mesin cdm).
Kemanakah kutipan sumbangan akan disalurkan oleh kami?
Sumbangan yang tuan/puan berikan akan kami salurkan untuk kempen-kempen semasa yang sedang kami jalankan.
Bolehkah saya memilih kempen tertentu untuk menderma?
Boleh, tuan/puan perlu letakkan nama kempen yang tuan/puan inginkan pada ruangan rujukan. Manakala untuk sumbangan yang dimasukkan secara manual di mesin CDM, tuan/puan perlu whatsapp resit dan memberitahu pihak kami pilihan kempen untuk sumbangan yang diberikan.
Adakah sumbangan ke Yayasan Mihrab ini mempunyai had minimum atau maksimum?
Tiada had minimum dan maksimum ditetapkan untuk setiap sumbangan.
Bagaimanakah cara jika kami ingin memohon bantuan daripada Yayasan Mihrab?
Tuan/puan boleh terus whatsapp kami di talian +6011-19632876 dan nyatakan tujuan. Kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.