BANTU MEREKA BINA PUSAT KOMUNITI UNTUK KEMUDAHAN MASYARAKAT

ANAK-ANAK TERPAKSA MEWARISI "KEMISKINAN" DARI KELUARGA

Kemiskinan yang melampau serta masalah dokumen yang tidak lengkap, anak-anak terpaksa melepaskan impian untuk belajar secara formal.

LEBIH 400 KELUARGA AKAN MENERIMA MANFAAT DARIPADA PEMBINAAN PUSAT KOMUNITI INI

HIDUP DALAM KEMISKINAN YANG DIWARISI DARI TURUN TEMURUN

Bayangkan...dah masuk tahun 2024, masih wujud lagi anak-anak yang tidak mendapat pendidikan secara formal.

Kampung ini menjadi saksi bisu terhadap generasi muda yang terlepas dari peluang mengejar impian dan menimba ilmu. Kehidupan yang dhaif ini telah melahirkan dinding penghalang yang memisahkan mereka dari pintu gerbang pendidikan formal. Akibatnya, mereka tidak hanya kehilangan akses kepada pengetahuan dunia, tetapi juga terpinggir dari pembelajaran agama yang seharusnya membimbing mereka dalam menjalani kehidupan.

Situasi ini menjadi semakin mencemaskan apabila kemudahan asas seperti sekolah kebangsaan menjadi sesuatu yang jauh dari jangkauan mereka. Tidak hanya ilmu duniawi yang terlepas dari genggaman, tetapi juga pendidikan agama yang seharusnya membentuk nilai dan moral mereka.

BUKAN MEREKA TAKNAK BELAJAR

Disebabkan kekangan & halangan yang mereka perlu hadapi setiap hari:

photo_2023-06-21_18-44-48 (9)

Sekolah terlalu jauh dari kampung

photo_2023-06-21_18-44-48 (9)

Tiada kenderaan untuk hantar anak

photo_2023-06-21_18-44-48 (9)

Pendapatan keluarga terlalu sedikit untuk sebulan.

photo_2023-06-21_18-44-48 (9)

Sekolah yang sedia ada tak mampu menampung bilangan murid yang ada.

KENAPA BINA PUSAT KOMUNITI BUKAN BINA SEKOLAH?

Kebanyakan penduduk di sekitar Pulau Bum Bum mengalami kesukaran dari segi kemiskinan dan juga tidak mempunyai dokumen yang lengkap untuk mendapatkan pendidikan yang formal.

Justeru, Pusat Komuniti merupakan satu alternatif yang terbaik buat mereka menuntut ilmu dan juga melakukan aktiviti kemasyarakatan.

GAMBAR BANGUNAN SEKOLAH YANG TERBIAR

photo_2023-06-21_18-44-47 (2)
photo_2023-06-21_18-44-48 (3)
photo_2023-06-21_18-44-48

Bangunan ini adalah bekas sekolah yang tidak dapat beroperasi disebabkan keadaan nya yang sudah USANG. Lokasi ini kawasan yang paling strategik untuk dibangunkan Pusat Komuniti bagi menggantikan bangunan yang sedia ada yang telah UZUR dan sangat USANG.

9
12
10

Lebih daripada 4 buah kampung dan merangkumi 400 keluarga yang akan menerima manfaat daripada pembinaan Pusat Komuniti sekiranya pengumpulan dana ini dapat direalisasikan untuk kemudahan masyarakat asnaf di Pulau Bum Bum ini.

Bantu Mereka Bina Pusat Komuniti Bersama Pertubuhan Mihrab

Dana Sebanyak

RM

0

diperlukan bagi menampung kos pembelian dan pembinaan Pusat Komuniti Al-Hidayat.

Insha allah, dengan sumbangan yang anda berikan untuk Pembinaan Pusat Komuniti Al-Hidayat, bakal memberikan manfaat kepada mereka.

Antara Manfaat Yang Bakal Mereka Terima Dengan Pusat Komuniti Al-Hidayat;

Rumah Mengaji

16

Kelas mengaji untuk anak anak asnaf yang tidak ada peluang untuk belajar mengaji Al-Quran

Rumah Singgah (Transit)

vlcsnap-2023-03-27-22h32m24s057

Terdapat 49 pulau di Semporna, dan Pulau Bum Bum adalah satu-satunya pulau yang ada Sekolah Menengah.  Pelajar-pelajar yang datang daripada jauh mereka tiada tempat untuk transit sebelum mereka pulang ke rumah. 

Pusat Aktiviti Masyarakat

17

Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan serta membina pengetahuan serta kefahaman agama di kalangan penduduk setempat.

Semoga terbinanya Pusat Komuniti Al-Hidayat ini dengan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, ianya bakal menjadi Pusat Aktiviti untuk membina iman, jiwa dan minda penduduk di pulau ini serta penduduk di pulau-pulau yang berdekatan dengannya.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Macam mana nak menyumbang?

Mudah saja!

Anda ikut saja langkah di bawah:

Pertubuhan Mihrab

550511760091

Rujukan: Pusat Komuniti Al-Hidayat

Disclaimer : Facebook™️ Or FB is a Registered Trademark of facebook.com. The site mihrab.my is not affiliated with facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners

No Pendaftaran: PPM-005-14-18052021

© 2023 All rights reserved. mihrab.my