
Membina masjid dan surau itu amat besar kelebihannya berdasarkan Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Peluang Bina Istana di Syurga
Rumah Allah adalah tempat menghidupkan jiwa masyarakat. Namun, sedihnya Mihrab telah menerima banyak permohonan dan rayuan untuk membaiki kerosakan serta kemudahan asas. Justeru, Tabung Bantuan Segera Baik pulih Surau dan Masjid dilancarkan bagi menyediakan suasana ibadah yang lebih selesa kepada para jemaah.
Baik pulih ini merangkumi:
Baik pulih bumbung bocor
Menukar karpet lama yang berbau dan usang
Baik pulih sistem audio
Baik pulih sistem pendawaian
Baik pulih tempat wuduk
Baik pulih tandas
Baik pulih kipas dan lampu / penghawa dingin
Sesungguhnya memelihara dan menjaga rumah Allah ini sangat penting dan tidak akan pernah merugikan kita kerana setiap solat yang didirikan di dalamnya, setiap ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca didalamnya akan menjadi pahala jariah yang menderu-deru mengalir secara berterusan buat kita semua.
Ketahuilah saudaraku, membina masjid dan surau itu amat besar kelebihannya berdasarkan Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
”Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.
Semoga setiap usaha kecil kita ini, menjadi asbab untuk kita semua menuai saham di akhirat kelak dan terbinanya istana di dalam Syurga nanti. Amin…
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia lain. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani
perkembangan Bantuan Segera baik pulih surau Masjid
Sekarang, Mihrab dalam usaha membaik pulih surau Raudhatul Mardhiah, Petaling Jaya yang perlu disegerakan sebelum kedatangan Ramadhan bulan Mac nanti. Bantuan Segera Baik pulih Surau dan Masjid dilancarkan bagi membantu membaik pulih serta menambahbaik fasiliti-fasiliti asas bagi menyediakan suasana ibadah yang lebih selesa kepada para jemaah dan penduduk sekitar sebelum Ramadhan.
Bantuan segera ini merangkumi :
Baikpulih sistem pempaipan kumbahan
Pemasangan karpet surau
Penyediaan speaker surau
Semoga hasrat penduduk sekitar agar surau dapat digunakan awal sebelum Ramadhan ini dapat dilaksanakan.


Perkembangan selepas Baikpulih Surau Raudhatul Mardhiyah
Alhamdulillah, baikpulih surau Raudhatul Mardhiyah dapat disiapkan sepenuhnya pada awal Ramadhan 1444H lepas,
Sesungguhnya kejayaan baikpulih ini dengan adanya hasil daripada sumbangan daripada setiap para penginfaq Mihrab yang budiman. Semoga setiap ringgit yang telah disumbangkan untuk baikpulih surau ini akan menjadi saham akhirat terbesar dan semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat tuan puan para penginfaq Mihrab sekalian.