KEMPEN

Kempen Membina Aset Islam Masjid & Tahfiz

Marilah kita bantu membina Aset Islam Masjid & Tahfiz. Kita beri bukan kerana kita mampu, tetapi kerana mereka perlukan kita.

Kempen Membina Aset Islam Masjid & Tahfiz

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

objektif utama

Kempen Membina Aset Islam oleh Pertubuhan Mihrab dibahagikan kepada 2 objektif utama yang bertujuan mengumpulkan dana untuk pembinaan dan untuk membaikpulih masjid dan tahfiz. Hasil daripada kutipan dana ini akan disalurkan kepada pembinaan;

  • Masjid Al Falah, Sg Ramal Dalam 
  • Masjid Nurul Islamiah, Sg. Choh,
  • Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah dan
  • Baikpulih Surau Raudhatul Mardhiah

Perkembangan Masjid Al Falah Sg Ramal Dalam, Kajang

Kini, pembinaan masjid Al Falah ini sudah 90% siap dibina dengan struktur pembinaan ilham daripada Masjid Nabawi dan konsep rekaan masjid-masjid di Istanbul, Turki. Alhamdulillah, masih berbaki 10% sahaja lagi yang diperlukan bagi menyiapkan masjid ini.

Masjid Nurul Islamiah Sg Choh, Rawang

Manakala, Masjid Nurul Islamiah, Sg. Choh pula telah mendapat perkenan dan restu daripada Perbadanan Wakaf Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja awalan.

Selain itu, perkembangan terkini pembinaan Pembangunan Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah juga telah masuk ke fasa yang kedua iaitu fasa kerja-kerja tanah. 

Kita turut juga memberi bantuan dalam bentuk membaikpulih Surau dan Masjid serta menambah baik fasiliti-fasiliti asas surau dan masjid.
Sekarang ini, kita sedang membantu sebuah surau iaitu Musolla Raudhatul Mardhiah di Residensi Medan, Petaling Jaya. Surau ini memerlukan beberapa penambahbaikkan fasiliti.

Bantuan segera ini merangkumi 4 fasiliti utama iaitu;

Justeru, kami di Mihrab sangat mengalu-alukan Tuan Puan untuk bersama-sama berinfaq kepada Kempen Membangunkan Aset Islam. Semoga hasrat murni ini dapat kita penuhi bersama. InsyaAllah Amin.

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia lain. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”

Hadis Riwayat atThabrani