KEMPEN

Bantuan Segera Pembelian Barangan Makmal Komputer

Realiti sistem pendidikan masa kini telah berubah. Teknologi telah menjadi pemacu utama pergerakan arus pendidikan dunia. Anak-anak tahfiz turut terkesan dengan impak ledakan teknologi yang kini pesat berkembang.

Bantuan Segera Pembelian Barangan Makmal Komputer

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Realiti sistem pendidikan masa kini telah berubah. Teknologi telah menjadi pemacu utama pergerakan arus pendidikan dunia. Anak-anak tahfiz turut terkesan dengan impak ledakan teknologi yang kini pesat berkembang.

Mereka seperti pelajar-pelajar yang lain juga, mempunyai rasa ingin tahu yang sangat kuat terhadap semua akses pendidikan yang mereka lalui di depan mata sama ada secara nyata mahupun maya. Maka, dengan adanya prasarana gadget dan teknologi seperti komputer dan internet, InsyaAllah ia dapat membantu meningkatkan kreativiti serta mendorong semangat untuk terus belajar dalam diri anak-anak tahfiz.

#BuatBaik!
#KalauBukanKitaSiapaLagi?

Oleh itu, bagi memastikan Pendidikan anak-anak tahfiz tidak ketinggalan zaman, PERTUBUHAN MIHRAB berusaha membantu Maahad Tahfiz di sekitar Lembah Klang mengumpulkan dana bagi menyediakan prasarana makmal komputer yang lengkap untuk kegunaan anak-anak tahfiz.

Bagi fasa yang pertama, Pertubuhan Mihrab menyasarkan kutipan sebanyak RM62,999 sahaja. InsyaAllah segala sumbangan Tuan Puan akan digunakan ke jalan Allah yang diredhai. Semoga kita semua diberikan ganjaran pahala yang besar dan sentiasa dirahmati atas usaha ini. Amin.

Sasaran Kutipan :

RM 100

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” 

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Bantuan Segera Pembelian Barangan Makmal Komputer - Kemas Kini

Alhamdulillah wa syukurillah !!

Dengan adanya infaq dan sumbangan daripada saudara/saudari sebelum ini Pertubuhan Mihrab telah berjaya menyampaikan sebanyak 10 unit set komputer untuk kegunaan sekolah tahfiz pada bulan Disember 2022.

Terima kasih kepada semua penginfaq budiman kerana telah membantu menjayakan kempen Bantuan Segera Pembelian Barangan Makmal Komputer kepada pihak sekolah tahfiz terpilih ini.