KEMPEN

Infaq Ramadan Bersama Anak Yatim

Bayangkan kalau anak kita sendiri kehilangan ibu ayah di awal usia? Siapakah yang akan santuni dan mencukupi keperluan anak kita nanti?

Infaq Ramadan Bersama Anak Yatim

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik” ,
(Al-Baqarah: Ayat 220)

Anak-anak yatim dan miskin yang menghuni di Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam dan Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ini merupakan insan luar biasa yang terpilih oleh Allah SWT kerana telah diuji dengan kehilangan ibu bapa mereka di awal usia.

Di kesempatan Ramadhan 1443H kali ini, maka pihak Pertubuhan Mihrab dengan kerjasama FINEST UITM Bandaraya Melaka ingin mengajak orang ramai yang berkemampuan untuk bersama meraikan anak-anak yatim ini dengan sumbangan barangan keperluan lain seperti barangan mandian, seluar dan selipar untuk kegunaan harian mereka.

Ketahuilah, yang salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui berinfaq (sedekah). Rasulullah s.a.w ada bersabda:

” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.
(Riwayat At-Tirmidzi)

Jadi, ayuh rebut peluang kita beramal dan bersedekah kepada anak yatim dan miskin ini. Semoga dengan Tabung Jalinan Kasih ini juga dapat meringankan sama beban pihak pengurusan untuk menyediakan keperluan asas harian sepanjang bulan Ramadhan dan juga untuk persediaan awal Syawal, malah dapat menyuburkan lagi rasa kebersyukuran dalam hati mereka kepada Allah SWT untuk rezeki yang dikongsi bersama.

[ Perkembangan Kempen Infaq Ramadan Bersama Anak Yatim ]

(15 Mei 2022) – Alhamdulillah, Pertubuhan Mihrab telah berkolaborasi bersama pihak Finance Student Association (FINEST), UiTM Kampus Bandaraya Melaka dalam Program Khidmat Masyarakat Tabung Jalinan Kasih.

Dalam program ini, Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam & Rumah Anak – Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah dipilih sebagai penerima bantuan.
Ayuh, kami menyeru orang ramai di luar sana bersama kami menjayakan kempen ini di masa akan datang.

Mihrab juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyantuni anak-anak yatim daripada Rumah Amal Asnaf AU3, Keramat.

Walaupon aktiviti sebelum ini sangat singkat masanya, namun semoga asbab daripada jalinan kerjasama ini Mihrab telah membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyantuni anak-anak yatim ini dengan berinfaq kepada kempen anjuran Mihrab.

Malah, hasil kutipan tersebut telah diagihkan untuk rumah jagaan seperti barangan kepeluan asas yang utama dan menaja anak-anak dari Rumah Amal Asnaf Al Barakh AU3 makan malam di Bora Ombak, Putrajaya.

Teruskan menyokong setiap usaha dan kempen dilaksanakan oleh Mihrab. Semoga lebih ramai lagi golongan seperti anak yatim ini yang akan mendapat manfaat daripadanya.