KEMPEN

Bela Nasib Golongan OKU dan Orang Tua

"TELUR GORENG DAN SAYUR REBUS", itu sahaja yang mampu kami sediakan.

Bela Nasib Golongan OKU dan Orang Tua

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Kebanyakan warga emas yang ditempatkan di rumah perlindungan kerana golongan ini sudah mencapai fasa tidak dapat mengurus diri sendiri dan kekangan ketiadaan waris (sebatang kara) untuk menjaga kebajikan sosial dan kesihatan mereka secara terurus. Inisiatif dilakukan pusat jagaan ini sendiri sememangnya tanggungjawab mulia dan tidak mampu dilakukan secara bersendirian tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

Pertubuhan Mihrab mengerakkan kempen Bela Nasib Golongan Warga Emas dan OKU untuk meringankan beban pihak pengurusan yang terpaksa menampung kos perbelanjaan tinggi bagi memastikan setiap penghuninya menerima perlindungan, rawatan kesihatan dan makan minum yang selayaknya.

Justeru, Mihrab ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membela nasib dan memberi sokongan kepada semua warga emas dan oku yang tinggal di pusat jagaan berdaftar ini bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan mereka dalam komuniti.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya."