KEMPEN

Bantu Masyarakat Terjejas Teruskan Kehidupan

Sampai bila kita nak berpeluk tubuh melihat masyarakat kita dalam kesusahan, kepayahan walaupun untuk sesuap nasi? Mengeluh dan menunding jari tidak akan menyelesaikan masalah.

Bantu Masyarakat Terjejas Teruskan Kehidupan

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Sejak negara kita dalam tempoh perlaksanaan PKP akibat penularan wabak Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Ada yang dah berhari-hari terputus bekalan makanan, tak mampu membayar sewa rumah & memerlukan barang keperluan anak-anak.

Alhamdulillah, ramai keluarga yang telah berjaya kami salurkan Bantuan Keperluan Asas PKP 3.0 (BKA3.0) kepada mereka. Namun masih ramai lagi yang belum berjaya dibantu. Sebak mengenangkan nasib mereka. Justeru, kami mengajak tuan/puan menyumbang dalam kempen Hapuskan Bendera Putih ini bagi menyatuni mereka yang terkesan ini.

Mungkin nampak kecil bagi kita, tetapi sangatlah berharga bagi mereka.  Justeru itu, Kempen Hapus Bendera Putih ini diwujudkan bagi menimbulkan kesedaran dan kepekaan kita terhadap kesusahan dan kesempitan yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang terkesan diluar sana. Matlamat utama kempen ini adalah untuk mengurangkan angka mangsa kebuluran tanpa bantuan. Kami menyasarkan bantuan untuk 1000 keluarga.

Ayuh bersama-sama kami, kita mengambil peranan untuk membantu mengumpul dan mendapatkan sumbangan dan kita merealisasikan kempen ini.

Berikut adalah butiran kos yang diperlukan:

Tajaan 1 keluarga RM100. Pek barangan asas yang mengandungi:

(Harga bergantung kepada kedai runcit)

KOS KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN

RM100 x 1000 keluarga = RM100,000