KEMPEN

Bantu Anak Tahfiz Teruskan Pengajian

Pihak maahad menerima banyak surat rayuan untuk dilanjutkan tempoh pembayaran yuran, ada yang terpaksa memberhentikan anak-anak mereka kerana tidak mampu akibat terjejas dimusim pandemik Covid19.

The form is not published.

Bantu Anak Tahfiz Teruskan Pengajian

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Pihak maahad menerima banyak surat rayuan untuk dilanjutkan tempoh pembayaran yuran, ada yang terpaksa memberhentikan anak-anak mereka kerana tidak mampu akibat terjejas dimusim pandemik Covid19.

Saban hari kita dihebahkan tentang peningkatan kes positif Covid-19 dari hari ke hari. Pelbagai fasa pemulihan telah dilalui di musim Covid-19 ini, terdapat pusat maahad tahfiz yang terjejas operasi disebabkan oleh pelbagai masalah. Masalah utama ialah isu kegagalan pembayaran yuran sekolah kerana ada ibu bapa yang telah menerima notis diberhentikan kerja, perniagaan terpaksa ditutup, kematian ahli keluarga yang mencari nafkah dan sebagainya.

Justeru itu, Kempen Tabung Pendidikan Tahfiz ini diwujudkan bagi menimbulkan rasa prihatin dan kepekaan kita terhadap kesusahan serta kesempitan yang dihadapi oleh ibu bapa/penjaga pelajar-pelajar tahfiz dalam melunaskan pembayaran yuran sekolah seperti biasa.

Ia juga bertujuan untuk membantu maahad tahfiz yang terkesan agar dapat meneruskan perjuangan dan kelancaran operasi. Usaha ini akan membantu anak-anak tahfiz meneruskan pengajian mereka dan akhirnya memastikan adanya kesinambungan pembelajaran al-quran dan ilmu-ilmu Islamik lain yang berkaitan.

Betapa besar saham dan pahala yang tuan/puan akan perolehi sekiranya membantu membiayai yuran pengajian anak-anak ini. Selagi mana ayat-ayat al-quran dibaca dan ilmu-ilmu yang diterima diamalkan oleh anak-anak tahfiz ini, selagi itulah pahala jariah berjalan ke atas tuan/puan, In Sha Allah.

Ayuh sama-sama kita rebut peluang untuk menempah saham akhirat dengan berinfaq bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak tahfiz ini.

perkembangan kempen Bantuan Pendidikan Tahfiz

Tahfiz Al Fadhni Hulu Langat pada 28/11/2021

Penyampaian bantuan pendidikan tahfiz di Tahfiz Al Fadhni Hulu Langat pada 28/11/2021 oleh sukarelawan Pertubuhan Mihrab.

Tahfiz Al Bahjah, Kemaman pada 07/01/2023

Penyampaian bantuan pendidikan tahfiz di Tahfiz Al Bahjah, Kemaman pada 07/01/2023 oleh sukarelawan Pertubuhan Mihrab.